Mutiara Kata

 assalamualaikum...hari nie...saya nak kongsikan kata-kata hikmah atau pun mutiara kata untuk semua readers blog saya...harap ia bermanfaat buat kita semua. :D

1.Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

bermaksud..kepada sesiapa yang putus cinta tu..jangan la menyesal..sebab itu hanya pembaziran..insha allah..Allah akan datangkan dengan seseorang yang lebih baik


2.Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

bermaksud..semakin seseorang itu dkritik..semakin teguh lah pendirian dia untuk mencapai sesuatu yang diinginkan


3.Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu


4.Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya


5.Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik


6.Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan


7.Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…


8.Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna


9.Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu


10.Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


11.Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian


12.Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera


13.Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging


14.Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan


15.Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali


16.Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya


17.Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk


18.Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja


19.Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang


20.Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri


21.Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu


22.Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati


23.1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan


24.Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan


25.Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia


26.Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu


27.Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian


28.Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil


29.Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja


30.Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia







No comments: